Harga Honda Civic Baru 2023 Price: Bayaran Bulanan Kereta

Harga Honda Civic baru 2023 : Raja kereta Segmen C di Malaysia dan berapa bayaran bulanan di Malaysia

harga honda civic baru 2023 price malaysia

Model ini punya hebat jualannya setiap tahun, sehinggakan satu lagi model daripada segmen C juga iaitu Volkswagen Jetta telah ditendang keluar daripada pasaran Malaysia. Kami dimaklumkan pihak Volkswagen Malaysia telah bertindak menarik handbrake untuk tidak menjual model Jetta yang jimat minyak tetapi power di Malaysia selepas ini. Mungkin pada masa akan datang siapa tahu?

Kekuatan yang ada pada Honda Civic baru kali ini betul-betul memberikan impak besar kepada pemain kereta dalam segmen ini. Jadi sekarang ini tinggallah, Kia Cerato, Toyota Corolla Altis, Mazda 3 dan lain-lain lagi untuk bersaing seberapa besar saiz pasaran segmen C di Malaysia. (baca review dan semak harga proton persona di sini)

Tetapi hari ini kami akan bercerita sedikit mengenai model kereta yang paling laris, paling laku dan paling digemari untuk segmen C. Model kereta ini ada 2 versi, satu 1.5 turbo dan 1.8.

Jadi kami akan rungkaikan apa beza antara versi 1.5 turbo vs 1.8 sehinggakan angka jualan di Malaysia sahaja menjangkau 20 ribu unit. Wow!

5 Sebab Pilih Harga Civic Varian 1.8

Kebanyakan orang yang memilih kereta segmen c adalah disebabkan prestasi, ruang luar yang cantik, ruang dalam yang lebih luas.

Dan model ini memenuhi ketiga-tiga citarasa terutamanya golongan lelaki di Malaysia yang berumur di antara 30 hingga 45 tahun.

  1. Walaupun 1.5L dikuasakan dengan 170 kuasa kuda dan torque 220Nm, bagai kami dengan kuasa yang ada pada 1.8L iaitu 140hp dan 174nm torque sudah cukup memadai
  2. Sebenarnya tidak banyak beza antara 1.8 dengan 1.5, jadi bagi kami dengan harga bawah RM115 ribu OTR untuk segmen C sudah cukup memadai untuk memilih 1.8 sahaja.
  3. Dengan 1.8L juga tiada masalah sebenarnya untuk anda yang kaki lari di highway, bawa sehingga 180 ke 200km/j senang-senang sahaja dapat
  4. Banyak kelengkapan penting yang disertakan untuk versi 1.8 seperti VSA, Traction Control, start enjin pakai remote, tutup kereta secara automatik apabila anda tinggalkan kereta tanpa tekan remote dan banyak lagi
  5. Kalau jenis yang bawa untuk kegunaan seharian, bawa ahli keluarga bagi kami 1.8L sudah pun. Rebentuk luar dalam yang lawa, ada kuasa, harga lebih murah?

Tepuk dada tanya poket masing-masing. Kalau tanya kami versi 1.8 pun dah cukup

beraoa bayaran honda civic
SUMBER: https://www.honda.com.my/model/specifications/civic

Sebenarnya tak banyak beza antara 1.5 turbo dengan 1.8.

KATEGORI VERSI 1.5 VERSI 1.8
SAIZ SPORT RIM 17 inci 16 inci
DOOR HANDLE ada chrome tiada chrome
LAMPU LED DEPAN LED Headlight Halogen Headlight
SISTEM GPS ada tiada
LEATHER SEAT ada tiada

Berbaloi Harga Honda Civic Baru 2023

BACA SINI: Cara beli kereta second hand

Ini mula harga baru untuk model kereta ini yang ditawar kepada anda sebagai insitiaf kerajaan disebalik wabal covid 19 di Malaysia

VARIAN MODELWARNAHARGA
1.8 SStandardRM113,600 RM109,326.51
1.8 SWhite Orchid PearlRM113,900 RM109,599.24
1.5 TCStandardRM129,600 RM125,081.09
1.5 TCWhite Orchid PearlRM129,900 RM125,353.82
1.5 TC-PStandardRM139,600 RM134,661.28
1.5 TC-PWhite Orchid PearlRM139,900 RM134,934
Banyak juga pengurangan harga baru honda civic tahun 2021

Berapa Bayaran Bulanan Honda Civic Baru 2023

VARIAN MODELPEMBAYARAN BULANAN
1.8 SRM 1,157 sebulan
1.5 TCRM 1,324 sebulan
1.5 TC-PRM 1,425 sebulan
Contoh ini adalah melibatkan pinjaman kereta atau car loan selama tempoh 9 tahun pada kadar feadah bank 3 peratus yang ditawarkan sekarang

Video Promo

https://www.youtube.com/watch?v=53iSHKcGv9A

Apa bercerita tentang minyak, janganlah berkira sangat mengenai minyak sebab ini kerana ‘performance’.

Berdasarkan penggunaan minyak yang pernah kami rekod adalah sekitar 13km untuk setiap liter (bandar) dan 15 km di laluan lebuhraya, tak begitu jimat dan tidak juga begitu kuat menggunakan minyak.

Jadi apa pilihan anda pula dengan tawaran harga honda civic baru untuk tahun 2023 ini?

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia